Popular Posts

Sunday, May 22, 2011

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Menurut Oliver (1996) dalam buku Change: A The Management of Educational Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan. Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda. Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu:

JENIS PERUBAHAN

1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

Perubahan ini memberi tertentu kesan kepada komponen-komponen dalam organisasi seperti:

· Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.

· Memperkenalkan teknologi baru.

· Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen & produktiviti staf.

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

· Perubahan ini melibatkan keseluruhan organisasi seperti:

· Mendefinisikan semula peranan organisasi.

· Perubahan nilai teras organisasi.

· Pembentukan semula misi.

· Perubahan struktur & strategi organisasi.

· Mendefinisi semula tanggungjawab staf dari segi tugas, peranan, & sistem ganjaran.

3. PERUBAHAN REAKTIF

· Perubahan ini pelanggan & berlaku akibat tindak balas langsung daripada pihak berkepentingan (stakeholders).

· Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.

· Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

4. PERUBAHAN DARIPADA AKIBAT JANGKAAN

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi dilakukan kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.

Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:

· Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.

· Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.

· Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.

· Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.

· Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.

Evolusi

Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

Revolusi

Perubahan yang pantas. Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan. Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan. Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.

1. Tujuan Perubahan.

Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu. Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :

Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan :

Perubahan Peringkat Pertama.

1. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.

2. Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

Perubahan Peringkat Kedua.

Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould 1998).

2. Unit Perubahan.

Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Unit-unit perubahan terdiri daripada :

i. Individu.

ii. Kumpulan / Pasukan.

iii. Jabatan.

iv. Organisasi.

v. Sistem Organisasi.

vi. Komuniti.

Dalam mengimplementasi perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar).

3. Sifat Perubahan.

Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu). Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud Perubahan.

Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan. Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar. Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

5. Skop Perubahan.

Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian. Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangkamasa Perubahan.

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara. Ada pandangan berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan. Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya iaitu:

I. Perubahan yang berlaku secara spontan tidak member kesan yang mendalam. Sikap & amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.

II. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.

III. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.

· Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan kepada keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.

· Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan proses eksperimen dan ciptaan yang banyak seterusnya menghasilkan inovasi.

· Roger (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2. MODEL KANTER

Kanter (1998) difahami menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas iaitu:

1. Penjanaan Idea.

2. Membina Idea.

3. Realisasi Idea.

4. Pemindahan Idea.

3. MODEL RAND

Model ini berasakan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat.

Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis. Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah :

1. Daya usaha ( Initiation )

2. Implementasi

3. Penggabungan

4. MODEL ACOT

Model ini berdasarkan ( ACOT), kajian Projek Apple Classroom of Tomorrow pengenalan komputer di dalam bilik darjah. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam proses pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.

Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

1. Kemasukan ( Entry )

2. Memilih ( Adoption)

3. Menyesuaikan ( Adaptation )

4. Penggunaan ( Appropriation

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa

Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Bengkel Emis Online

Butiran bengkel:
i. Tarikh: 23 Mei 2011
ii. Masa: 8.00 a.m-4.30 p.m
iii. Tempat: PKG Mantin

bengkel yang memonekkan kepala dan minda....adusssss