Perkara yang kita nampak (tersurat) melalui deria kita berdasarkan rajah/jadual dan maklumat yang dinyatakan dalam sesuatu soalan. Contohnya: Anak pokok dalam pasu A lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu B.
Inferens (Reason/Inferences)
Perkara yang menjadi penyebab kepada sesuatu keputusan penyiasatan tersebut (tersirat). Contohnya: Anak pokok dalam pasu A lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu B kerana anak pokok dalam pasu A mendapat baja yang mencukupi berbanding anak pokok dalam pasu B.
Tujuan (Aim)
Jawapan mestilah bermula dengan menggunakan perkataan ini: Untuk menyiasat hubungan di antara WTC/DMP dengan WTO/BB. p/s: WTC: what to change, WTO: What to observe, DMP: Pembolehubah dimanipulasi dan BB: Pembolehubah bergerakbalas.
Hubungan (Relationship)
Menunjukkan perhubungan di antara 2 perkara penting dalam sesuatu penyiasatan yang menunjukkan perubahan corak perkara tersebut.
Semakin (corak) WTC (DMP),
Semakin (corak) WTO (BB).
Contoh: Semakin bertambah daya geseran,
semakin berkurang kelajuan kereta mainan.
Semakin bertambah masa,
Semakin bertambah saiz bulan sehingga hari ke-15 kemudian menurun.
Kesimpulan (Conclusion)
Rumusan tentang semua perkara dan isi penting setelah sesuatu penyiasatan dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah membuat kesimpulan tetapi hendaklah bersesuaian dengan sesebuah penyiasatan itu.
Contoh 1: Semakin (corak) WTC (DMP),
Semakin (corak) WTO (BB). (seolah-olah hubungan)
Contoh 2: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup subur.
Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.
Besi berkarat apabila terkena air dan udara.
Dough mengembang apabila bernafas.
Contoh 3: Semakin bertambah berat beban,
Semakin bertambah panjang spring sehingga 40 cm.
Semakin bertambah masa,
Semakin bertambah suhu air sehingga 100 darjah celcius.
Corak Perubahan (Pattern)
1. bertambah (increase)
2. menurun (decrease)
3. mendatar (constant)
Selamat mencuba dan semoga dapat membantu anda dalam pengajaran mahupun menjawab soalan peperiksaan kelak....InsyaAllah....